Friday, June 25, 2010

Pelajar Mati Dibuli Senior


Seorang pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (RMC) Sungai Besi di Kuala Lumpur meninggal dunia awal pagi ini dipercayai dibuli dan didera oleh pelajar senior maktab itu...


Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supt Abdul Rahim Hamzah Othman berkata siasatan awal mendapati wujud unsur jenayah dalam kes kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16.

"Kita akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan masih menunggu laporan bedah siasat untuk tindakan selanjutnya," katanya.

"Kita dapati ada elemen jenayah berlaku, itu kita sedang siasat. Kita tengah kenal pasti siapa bertanggungjawab. Kita belum dapat maklumat itu.

"Setakat ini, kita belum buat tangkapan (suspek) lagi," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Tambahnya, satu laporan polis telah dibuat oleh pihak tentera di Balai Polis Sungai Besi pada jam 2 pagi ini.

"Dalam laporan itu, dia mengadu (allahyarham) pengsan kemudian dibawa ke hospital di dalam kem dan mereka lakukan (pertolongan cemas) CPR.

"Kemudian apabila mangsa disahkan meninggal dunia, mereka buat laporan polis. Bila kita dapat laporan barulah kita pergi ke dalam kem," katanya lagi.

Tambahnya, jenazah pelajar tersebut kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) oleh anggota polis.

Dalam satu kenyataan petang ini, Kementerian Pertahanan menyebut bahawa mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, meninggal dunia antara jam 11.30 malam tadi dan 1.20 pagi ini, disebabkan "satu kejadian."

Mohammad Naim Mustaqim disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi.

"Kenyataan tersebut telah disahkan oleh Komandan MTD," menurut kenyataan itu lagi yang dihantar melalui Unit Komunikasi Korporat kementerian berkenaan.

"Lembaga siasatan telah ditubuhkan untuk mengenal pasti punca dan sebab kejadian ini berlaku.

"Sementara itu, beberapa orang (pelajar) yang dikenalpasti bersama-sama dengan allahyarham sebelum itu, telah dipanggil bagi membantu siasatan.
"Untuk keperluan dalaman ATM, Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) dari Cawangan Provos Marsyal (CPM) juga telah diarahkan untuk melaksanakan siasatan susulan," kenyataan itu dipetik.

Sementara itu, pegawai perhubungan awam RMC, Mejar Zunizam Zainuddin memberitahu Malaysiakini, jenazah Mohammad Naim Mustaqim akan diterbangkan dengan pesawat tentera ke Butterworth.

Katanya, dari situ, jenazah allahyarham akan dibawa ke Baling, untuk dikebumikan.
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
     Lagi-lagi kes buli. Lagi-lagi mati akibat buli. Bilalah semua ni berakhir? Negara kita ni nampak je aman damai, tapi popular dengan kes buli dalam kalangan remaja. Kes buli lah selalu menghias muka depan akhbar2. Kesian btul kat arwah tu. Dari buli, jadi kematian pulak. Yang senior ni pun satu.. Best sgt ke buli orang? Geram betul la aku baca ni... mana pergi keadilan dan belas kasihan? Wahai senior2 pembuli tu, apa prasan korang sekarang? Best Ke? Best ke bertukar gelaran Pembuli ke Pembunuh? 
    Kenapa Buli berlaku? Kita semua tau... "Kalau tiada angin, masakan pohon boleh bergoyang".. Semua perkara tu mesti ada sebabnya. Perasaan x puas hati lah yang slalu aku dengar. Kes awek kena kacau lah.. kes awek mangsa buli lebih cun dr awek pembuli la... hahaha..bodoh betul!
    Kalau sebelum ni, semua orang tau ciri-ciri fizikal pembuli. Berbadan sasa dan tegap, tinggi. Tapi skarang ni, budak2 kecik kurus mcm cicak pun tau buli kawan gemok. Yang berlemak ni pun kecut. Apa kes?? Nanti perempuan buli lelaki pula. Dunia Oh Dunia~
    Apa yang patut dibuat dengan pembuli-pembuli ni? Orang yang membuli ni patut diberi hukuman yang setimpal! Tapi kalau sampai kes bunuh ni, camne ek? Penjara bertahun-tahun? Seumur hidup? masuk pusat pemulihan? Campak dari KLCC? Rejam sampai mati? Rendam dalam minyak panas? haha.. Aku x tau lahh.. Apa pendapat korang? Jangan lupa share kat sini! 



    Sebelum tu, mari tengok video kawan aku buat time kitorg kat Matrikulasi Labuan beberapa bulan lalu... hehe.. IRONMAN 1.5! (tengok dlu! ada kena mengena dengan buli jugak!)


JOM BANTERAS GEJALA BURUK INI. STOP BULLYING!

P/S : Pernah dibuli atau sedang dibuli? Jangan gentar. Superhero dah banyak kt M'sia. Sedangkan darkbatman pun dah ada. Tegap tu weh...pembuli konfem takut. Tiada lagi perasaan gentar! hahaha
     

8 comments:

Farha Kimah said...

hemm terbc gak kes nih...mcm2 hal sekrg...

Azreen Latip said...

tue lah. tapi kalau kes buli sampai cedera atau mati ni, menyakitkan hati pula bila baca kan? Bila la nak stop smua ni...

iQa said...

tasuke ah...cemar imej je dorg ni.aduh..x abes2 buli.x matang betul. sampai mati lak tu. tuhan je balas.malas nak cakap byk.

CikDurian said...

xabis2 dgn gejala buli ni... ape nk jd bdk2 sekolah ni ye...

nanajoe said...

gilo!!!!
mmg menyampah dgr kes buli2 ni!!
smpai mati lak tu..
org yg membuli tu xpiki ke kalo adik atau darah daging dia yg kena...
sorry, nana emo bab2 ni!!
huhuhu~~ :(

Syue said...

kesian gila gila punya kesian kat budak yang meninggal tu. tak pasal pasal meninggal lepas kena buli!

NiZaM Limited said...

meh sini baca pengalaman aku dibuli senior..

http://nizamlimited.frenzyfm.my/hari-pertama-di-ipt-aku-dibuli-senior-part-1.html

NiZaM Limited said...

erkk..kena buli sampai mati..bahaye btol..
saye dulu kena buli takde pon sampai pukul2..
just diorg buli dari segi mental dan emosi je..
budak skolah skrg ni bahaye btol..

linkwithin

Related Posts with Thumbnails