Wednesday, June 16, 2010

Watch FIFA 2010 Matches Live On My Blog!

Hello again guys..Hari ni post pendek okay. Sorry, coz I'm too tired and I'm going to hit the sack after this. OK Jom berbahasa melayu~~~

Semenjak FIFA berlangsung skarang ni, semua sibuk tgk BOLA BOLA BOLA. Well, bukan la satu fenomena luar biasa sebab memang dah biasa setiap kali FIFA, mcm ni la.. Bila pegi kedai kopi, kiri kanan org berbaju jersey. TV Pula bkn lagi HBO atau WWE(aku benci WWE!), tapi FIFA semuanya. x kisahlah LIVE atau Ulangan.

Fenomena ni... Sihat atau sebaliknya? Aku pun xtau lahh.. Tapi ada yang aku sakit hati sgt crita FIFA ni. Nak tau apa? Jom baca bawah nii...

Geram Ghana menang, bapa cedera di telinga

    Oleh kerana geram Ghana menang 1-0 ke atas Serbia dalam perlawanan bola sepak Piala Dunia malam tadi, seorang remaja telah bertindak menyepak bola di dalam rumahnya hingga terkena cermin tingkap dan mencederakan bapanya.

    Rosli Mat Noor, 43, dari Ladang Chin Teck di Gua Musang mengalami pendarahan yang banyak apabila telinga kanannya terkena serpihan cermin tingkat tersebut, sehingga urat saraf di telingnya dikatakan terputus.

     Beliau kemudiannya dirawat di Hospital Gua Musang dan menerima tiga jahitan.
Kejadian tersebut berlaku pada 10 malam ketika beliau sedang menonton pertandingan tersebut menerusi televisyen bersama anak sulungnya Mohd Rizal, 17.
"Tiba-tiba anak saya naik geram lalu menendang bola yang berada berhampiran kakinya dengan kuat menyebabkan bola terkena cermin tingkap lalu
pecah.

   "Serpihan kaca tingkap kemudianya tercucuk di telinga saya. Saya ketika itu duduk berhampiran tingkap di ruang tamu," katanya ketika ditemui di hospital berkenaan.
Rosli berkata pada mulanya beliau tidak menyedari serpihan kaca terkena telinganya, tetapi merasa pedih di telinganya.

Beliau lalu meraba telinganya dan mendapati tangan yang memegang telinganya itu berlumuran darah.

"Saya sempat menjerit kepada isteri saya memberitahunya menggenai perkara itu sebelum saya bergegas ke rumah jiran bagi mendapat bantuan untuk dihantar ke hospital.

"Saya kena tiga jahitan kerana doktor berkata ada urat telinga saya terputus terkena serpihan kaca cermin," katanya.

  Mohd Rizal yang tidak menyangka perbuatannya menendang bola di dalam rumah boleh mencederakan bapanya telah memohon maaf kepada bapanya.

   So what do you guys think? Apalah jadi dengan remaja Malaysia skrg.. Team yg kalah tu x pula mengamuk mcm dia..dia pula nk mengamuk x tentu pasal...Org Malaysia pulak tue....ish3..

   Kepada adik-adik dan abang-abang yang minat mampus dgn Bola Sepak, pastikan anda tidak meniru aksi dalam kisah benar atas tue.. Jangan disebabkan Bola, ahli keluarga terkorban. Hehe...


   Dalam masa yang sama, aku pun terasa hangat FIFA ni... so, sebagai seorang blogger yang ingin berjaya, aku harus tolong rakan2 blogger. tolong apa? Seperti yang semua tahu, bukan semua rakyat Malaysia ada Astro. kan kan kan? Kadang-kadang tu terpaksa kluar gi kedai makan untuk tengok match LIVE( Ye lah.. RTM siaran ulangan..huhu). Tambah bazir duit..bukan? Lagipun kluar gi makan semata-mata nk tengok Bola? berbaloi kah?

   Oleh yang demikian, aku dah siapkan satu Ruangan/Laman khas dalam blog ni. Tengok atas sekali, ada banyak button tu..nmpk "FIFA 2010 LIVE" ? Click on it! 

YUP, WATCH FIFA MATCHES LIVE here :-) Best kan? cakap~ BEST!


P/S : Tengok FIFA tu, tengok jugak.. kesihatan jangan lupa. Minum banyak-banyak AIR!

7 comments:

Azreen said...

hehe..buat jgk entri pasal bola. =)

Azreen said...

tu yang orang kata kuah lebih dari sudu...fanatik konon...tapi pasukan tu bukan favrit pun...kalau brazil ke...england ke..ok la sikit...

Azreen said...

waa da jd pengulas sukan plak...

Azreen said...

siaran astro kat uma tetibe jd bengong bile da stat FIFA ni..
cian adik2 kne tgk siaran ulangan je..

Azreen said...

macam2 sungguh

Azreen said...

aah. terkejut gila baca pper ttg nih. huh.

Azreen said...

nih la payah kalau taksub nih....
adohai..
manusia manusia

linkwithin

Related Posts with Thumbnails