Vuvuzela Boleh Ancam Kesihatan?

Saturday, June 26, 2010

Vuvuzela ialah alat tiupan yang sangat popular semenjak musim Piala Dunia FIFA 2010 yang sedang berlangsung sekarang..
Alat tiupan ini mengeluarkan bunyi yang bingit apabila ditiup. Sememangnya, aku sendiri benci dengan bunyi tu.. Kenapa orang lain suka pula? Dunia oh Dunia~~

Untuk pengetahuan rakan-rakan, alat ini bukan sahaja mengeluarkan bunyi yang aku tak suka, malah turut didapati mengancam kesihatan kerana ia menyebarkan kuman. Bagaimana?

“Vuvuzela amat digemari malangnya menyembur air liur dan menyebarkan kuman dari individu dijangkiti kepada orang lain di kawasan sesak dan mungkin menjadi risiko kesihatan bagi penyakit berjangkit seperti selesema,” kata doktor Klinik Pelawat Netcare, Peter Vincent. 

Berkongsi vuvuzela boleh menyebarkan kuman, meniup dengan kuat pula boleh merosakkan kerongkong, selepas seorang wanita di Cape Town pecah anak tekak ketika pertandingan meniup trumpet. Ngeri! Tiup vuvuzela pun boleh pecah anak tekak. Dahsyat lah!

P/S : Aku ada dengar gak, Vuvuzela ni kononnya merupakan alat baptis Kristian. Tentang kesahihan cerita ni, aku tak pasti pulak. Yang penting, Peter Vincent dah sarankan benda tu bawa penyakit, so jangan lah beli! Lagipun buang duit. Buat sakit telinga aku jaa... Cobaan~

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails